Drama Nora Elena adaptasi Kasih Yang Suci

DRAMA NORA ELENA (TV3)
slot: AKASIA
Mula Tayangan: 9 Mei 2011
Hari Tayangan: setiap hari Isnin hingga Khamis
Masa Tayangan: 7.00malam.
Menggantikan Drama : CINTA ANTARA KITA
Pelakon: Aaron Aziz, Siti Saleha, Wan Sharmila, Zul Ariffin, Erry Putra dan Puteri Fateen

Diadaptasi dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf – Kasih Yang Suci yang mengisahkan tentang perjalanan hidup NORA ELENA yang dihantui pengalaman pahit akibat dirogol 10 tahun yang lalu.

Walaupun uskar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham. Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan. Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan.

Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk.

Konflik yang lebih mendebarkan berlaku setelah seth dan elena berkahwin. Elena dapat tahu yang seth merupakan lelaki yang menodainya 10 tahun lalu.Malangnya Nora ketika itu sedang mengandungkan anak seth.

Dapatkah Elena menerima dan memaafkan seth yang sudah insaf dengan perbuatan silamnya? apakah motif seth mengahwini elena?

Comments

Popular posts from this blog

Turutan Kisah Laksamana Sunan by Ramlee Awang Murshid

loft bed (tempat tidur loteng) atau bunk bed(katil bertingkat)

Menjalani Minor Oral Surgery - Dentist